Giacinto Facchetti
Giacinto Facchetti

Giacinto Facchetti

Giacinto Facchetti (sebutan bahasa Itali: [dʒaˈtʃinto fakˈketti]; 18 Julai 1942 – 4 September 2006) merupakan bekas pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi pertahanan untuk kelab Inter Milan dari tahun 1960 hingga 1978. Beliau seterusnya berkhidmat sebagai pengerusi kelab Inter dari Januari 2004 hingga kematiannya pada tahun 2006. Beliau telah beraksi dalam 634 perlawanan rasmi untuk kelab, menjaringkan 75 gol dan merupakan anggota pasukan "Grande Inter" di bawah kendalian pengurus Helenio Herrera yang berjaya merangkul empat gelaran Serie A, satu trofi Coppa Italia, dua kejuaraan Piala Eropah serta dua gelaran Piala Antara Benua. Beliau juga merupakan pemenang naib juara dalam anugerah Ballon d'Or 1965.Facchetti mewakili pasukan kebangsaan Itali dalam 94 perlawanan antarabangsa termasuk dalam tiga edisi Piala Dunia. Beliau juga sebahagian daripada Bintang Pasukan Pilihan Piala Dunia 1970, di mana Itali menjadi naib juara. Beliau juga merupakan kapten pasukan Itali yang menjuarai Kejohanan Eropah buat pertama kali di tanah air sendiri pada edisi 1968, di mana beliau juga mengisi tempat dalam pasukan terbaik kejohanan.Facchetti dikenang sebagai pemain pertahanan menyerang terhebat yang terawal. Beliau juga diakui sebagai salah seorang pemain terhebat di posisinya kerana kelajuan, teknik, kepintaran, fizikal dan staminanya. Beliau telah membentuk pasangan pertahanan yang ampuh bersama Tarcisio Burgnich di Inter dan pasukan kebangsaan Itali untuk menjayakan sistem catenaccio. Selain kebolehannya di atas padang, Facchetti juga memiliki disiplin dan kepimpinan yang mana beliau mengetuai Inter Milan dan pasukan Itali selama beberapa tahun.[2][3][4][5][6]Pada Mac 2004, Pelé menyenaraikan beliau sebagai salah satu daripada 125 pemain terhebat yang pernah hidup sempena sambutan ulang tahun penubuhan FIFA ke-100 tahun.[7] Pada tahun 2015, beliau menerima penghargaan selepas mati dengan dimasukkan ke dalam Dewan Kemahsyuran Bola Sepak Itali.

Giacinto Facchetti

Tarikh lahir (1942-07-18)18 Julai 1942
1963–1977 Itali
1960–1978 Inter Milan
Nama penuh Giacinto Facchetti[1]
1956–1960 Trevigliese
Tarikh kematian 4 September 2006(2006-09-04) (umur 64)
Tempat kematian Milan, Itali
Posisi permainan Bek kiri
Tempat lahir Treviglio, Itali
Tahun Pasukan
Ketinggian 1.91 m (6 ka 3 in)

Rujukan

WikiPedia: Giacinto Facchetti http://www.fifa-almanac.com/team/fifa13w/111205 http://www.goldenfoot.com/en/legends.html http://www.italia1910.com/giocatori-scheda.asp?IDG... http://www.national-football-teams.com/player/1736... http://www.rsssf.com/miscellaneous/europa-poy.html http://www.rsssf.com/miscellaneous/facchetti-intl.... http://www.skysports.com/football/news/18622/60974... http://football.sporting99.com/fifa-world-cup-all-... http://www.uefa.com/uefaeuro/finals/news/newsid=16... http://www.uefa.com/uefaeuro/history/memories/news...